Nak kahwin, kena pandai berjimat-cermat.. Benda yang rasa
tak perlu nak dibazirkan jangan nak membazir… Survey kad kahwin kat website
memang boleh buat rambang mata.. Tapi, bila difikirkan kena bayar RM 0.50++
untuk benda yang kita bagi and orang buang camtu je memang menyedihkan.. Nak
buat macam mana, dah memang lumrah camtu… Untunglah aku dapat bakal suami yang
sangat kreatif…Maklumlah, orang banyak masa off, haihhh….
Firstly, aku macam saje je la cakap-cakap ngan dia nak buat
kad kahwin sendiri sebab aku tengok dia pernah buat untuk akak dia.. Masa tu
dia macam buat derkkk je… So, aku stop… On one fine pagi buta, he send me
something kat facebook.. Ok company takleh online facebook masa kerja, so takde
screen capture…
Haa, cantikkan??Masa aku tunjuk katun ni kat ayah aku, boleh
pulak en.ayah tanya kenapa mata yang perempuan tu takde sebelah…Tskkk..So,
start dari sini, semangat melampau en.tunang
buat design..Tiga kali tukar design baru aku nak cakap ok..Nasiblah dia
layan perangai aku..
Ni design yang first...Reject sebab kau tak nampak ke berapa banyak kaler yang akan digunakan kalau print nanti?? Lagipun plan nak buat 2 in 1 card...So, ni macam tak sesuai...Elok nak berjimat terus jadi terlebih bajet pulak nanti...Pastu cakap sepatutnya nak jadi bakal isteri kena pandai manage kewangan..Ok fineeee....
Second design...Ok aku malas nak sentuh sensitiviti dia ni yang memang suka sangat warna merah...Sekali lagi aku kena berusaha yakinkan dia jangan nak membazir....So, tak jadi jugak design yang ni....
So, ini adalah final design yang kitaorang setuju…Simple…Tapi,
yang penting semua information ada…Plan nak print atas kertas A4 yang gsm tebal…FYI,
kat serdang banyak giler kedai printing yang mungkin boleh bantu aku and korang
print kad sendiri dengan kos yang lebih rendah…Rajin-rajinlah survey..Makanya,
takdelah aku rasa sadis sangat bila orang buang kad ni begitu sahaja and sibuk
pula menelefon tanya arah rumah pengantin dengan alasan ntah mana mak cik kiah kau letak kad haritu...
Ni design untuk bahagian dalam...Sekarang ni aku masih blur lagi sebenarnya keadaan kad ni camna kalau dah lipat...Puas dia terangkan aku tak faham..Hahahahaha...
Sekarang tengah fikir mana nak tempah rubber stamp untuk
main chop-chop kat sampulnya nanti…Bakal penat but I’m going to love it…Dah
siap aku update…Ok, sekian sahaja…
No comments:
Post a Comment