Saturday 8 February 2014

Kebaikan Lecithin – Edisi Informatif-



Orang yang nak kahwin, pe’elnye macam-macam…Time-time nak kahwin baru la nak sedar muka tak cerah, gebu halus muluslah, rambut tak berseri beralun lah, kuku tak berkilat runcing lah…The big concern ialah figure badan…Lagi-lagi perempuan(well, memang perempuan yang lebih-lebih concern bila nak kahwin ni)…Aku, tak terkecualilah kan…Apa taknye, baju nikah yang panjang meleret-leret tak tau sape nak tolong pegangkan dah terbayang-bayang…Akak ngan mak aku dok sakat aku baju tu muat tak ngan aku…

Sebelum ni ada jugak aku amik supplement tambahan…Tapi, sejak mengenangkan beli vitamin boleh lepas minyak pegi kerja, sudahnya almost setahun tak consume…Padan muka aku…Yela, sebelum ni ayah aku yang belanja tiap-tiap bulan beli vitamin…Ni nak suruh beli sendiri, memang bertangguh jela…

Butttt (ok, cerita baru nak mula) masa aku usha kat farmasi, tetiba aku nampak botol ni….



Before pernah je aku dengar pasal Lecithin ni…Tapi, motif asal beli sebab RM 23.90 isi dalam ada 120 kapsul… Aku campur makan dengan ma’jun cangkut yang kat sebelah tu…Tapi, ni versi yang ada gamat ngan mengkudu…FYI, aku bulatkan sendiri and telan hokay?? Kekadang selalu tersangkut kat tekak sampai esok pagi rasa ma’jun kat tekak…Ok, aku tak nak story pasal Lecithin ni datang dari mana la, kegunanaan sama dengan bahan buat kek la…Kalau korang nak tau, rajin-rajin google…Aku bukan jual pun nak cerita berapi asal-usul benda ni…Kannnn??? 

Cara aku makan, lepas je makan, telan sebijik…Tak kisah la minum pagi ke, makan tengahari ke, makan malam ke mesti telan sebijik…Ma’jun aku consume malam sahaja sebab ia agak panas, nanti berlawan-lawan… Baru seminggu aku consume Lecithin ni…


  • Everytime rasa perut ni bergelodak je…Kalau masuk toilet dengan niat nak buang air kecil, mesti akan buang air besar sekali…Tak banyak pun sikit mesti keluar…Jangan salah faham, bukan cirit-birit punya level..Tapi, rasa macam perut tak berhenti proses…
  • Masa first time, warna air kecil and air besar (skema sangat bila cakap bahasa sopan santun, wakakaka) tu serius hitam, macam berkarat pun ada aku tengok…Kalau perhati hari-hari, notice perubahan warna makin bersih..
  • Buang angin jangan cakap la, tak nak berhenti-henti…Dah buang angin, badan rasa ringan je…Bangun pagi pun takde dah malas-malas…Terus berazam nak kurang amik MC tahun ni…Haaa, sampai cenggitu…
  • Banyak minum air tapi tak rasa kembung…Lagi rasa lega minum air sebab dah tau akan buang balik…Kalau tak minum air banyak, rasa macam kering sangat..Rasa mengidam air sampai rasa nak create baldi air, bila dahaga sedut je…

Setakat ni dulu aku nak share..Lagipun baru seminggu, takkan terus dapat figure model ye tak?? Bab kurangkan berat badan, aku tak berani nak share pape..Nak tau tunggu jela aku upload gambar kahwin aku, baru Nampak kurus ke tak….Ladies, selamat mencuba…Again, aku bukan dealer jual Lecithin..Kalau nak, korang google jela mana-mana…Kat FB pun melambak orang jual….