Wednesday 28 August 2013

Free Treatment at New York Skin Solution



 Haritu gatal tangan pegi register kat website NEW YORK SKIN SOLUTIONS. Banyak kali orang tu call.. Tak aku reject, aku angkat pastu diam camtu…Kesian kat orang tu, mesti dia ingat phone dia or phone aku ada masalah..Semangat sangat call banyak kali…Mesej pun pernah..Sebab aku malas nak bother, terusss delete mesej tu…Finally, aku angkat jugak call dia…Dengar la dia nak cakap apa….Amoi tu mention aku dapat free treatment tapi valid sampai hujung Ogos je…Bagi tarikh tanpa niat nak pergi…Tapi lepas Tanya En.Tunang, dia cakap ok je kalau nak ikut….So, pergi la jadinya aku…



Mula-mula eksen sebab sampai awal...Cakap dekat jela, tak jemmed la hape la…Baru tunggu setengah jam, dah korek-korek idung bosan, hahahaha…Kitaorang choose outlet Tesco Seremban 2..Baru lambat tak sampai 5 minit, dah call tanya kat mana...Datang kena bagi IC and then kami dipisahkan..Tskkk....


Nothing comes for free..Kesian amoi tu dok membebel kat aku pujuk suruh add-on pakej lain…Sorry beb, hati gua kental…Sebab dulu dah membazir beli slimming tea berharga RM 59.90 masa buat trial kat London Weight Management dulu, maka aku kentalkan hati untuk tak terima offer dia…





Aiyoo, teruknya muka awak......Muka saya tak sampai tahap ini maaa.......Tak percaya???


 Muka sebelum remove makeup sebab nak scan kulit before...Katanya.......

Ok, serius tak faham mende ni......Masa amoi tu bebel-bebel, aku angguk jela....

Gambar berkeadaan senget sebab aku malu kot nak show yang aku ambik gambar…Masa treatment aku rasa aku lagi banyak tido kot…Yela, ngantuk baru balik keje….



Habis treatment scan lagi…Ok lah, ada la Nampak beza sikit

Nampak kesan merah-merah tu...Sebenarnya masa treatment tu, dia ada picit-picit jerawat kenit kat muka aku...Dari aku rasa macam nak pening, dia picit terus aku rasa nak muntah sebab tahan sakit....

Lega sebab Berjaya kentalkan diri tolak offer and add-on lain…Keluar tengok En.Tunang pegang beg..Aku Tanya kebendenya, dia cakap dia kena bayar RM 180 plusssss RM 100…Alahai, kesiannya….En.Tunang dia memang tak suka sangat nak dengar orang macam bebel-bebel kat dia…Malas nak layan, melayang kos hidup seminggu…..Sebab rasa bersalah, aku belanja dinner…Kurang sikit merungut,hehehehe….