Tuesday 23 July 2013

Cant Help It Habit # Pelupa

Assalamualaikum....

Hari ni kita lari sikit dari topik citer-citer kahwin... Lagipun sekarang dah nak hujung bulan puasa, so stop la sekejap fikir pasal kahwin ni..Aku ada banyak habit pelik-pelik...One of them ialah masalah pelupa...Dulu agaknya masa aku bayi dok makan pasir celah pintu tu tertelan sekali ngan semut..

Alkisah semalam aku dok update info kat facebook friendship antara aku ngan cik abang...Konon nak buat macam diri sendiri care sangat la pasal tarikh-tarikh ni..So, dengan semangat membara aku pegi taip aku first jumpa dia bulan March...Benda tu pulak auto publish kat wall..Tengah semangat orang dok komen, tetibe cik abang datang komen...

Haa, hambik kau...Macam mana lah aku boleh salah perkiraan ni..Aku ni pun satu, bukan reti nak check dulu...Bukan ke kau ada note dalam phone tarikh tu?? Sengal betul...Suka buat tindakan melulu...Mesti cik abang ingat aku ni tak concern sangat pasal tarikh-tarikh penting aku ngan dia...Tskk

Nampak tak bila aku reply tanya balik cik abang cam taknak reply??Dia kalau tengah marah or tak puas hati mesti senyap sepi je...Kena pulak semalam de batu hapi, memang boleh jadi serius tahu??Tapi, malam tadi sembang-sembang macam ok je mood dia..Ok la kot...

Ok lah tu je nak story..Bye...


Sunday 21 July 2013

Persiapan Perkahwinan #1 – Checklist-

Setelah sekian lama bercinta harung macam-macam dugaan, korang pun buat lah keputusan nak kahwin... Seronok? Nervous? Excited? Macam-macam rasa kan masa tu? Balik rumah lepas settle makan malam sume, duduk kat birai katil (orang novel selalu guna words ni) sambil renung bulan.. Tetibe terfikir, “eh, aku ni nak kahwin kan? Pe eh nak buat? Pe eh nak carik, survey blablabla?”...Pastu terus blank... Nak belajar dari pengalaman, ni baru first time nak kahwin.. Solution? Sonang yo,buat lah checklist...

Ape kebendenya checklist ni and camne nak membuatnya?
Checklist ni ialah senarai perancangan kita on our big day.. It's like our own wedding planner... Masa berangan tulis je apa yang korang fikir patut dan perlu, pastu organize jadi mudah nak tengok...Nak tengok contoh google je...Bersepah orang dah buat checklist ni...

Software apa nak guna buat checklist ni?
Aku buat pakai excel.. Sebab apa? Mudah and jimat masa.. Kalau sesiapa pakar guna software lain, pun boleh je..Checklist bukan setakat ada apa yang korang angankan, tapi dah jadi macam korang punya personal financial account..

Apa yang kena ada dalam checklist tu?
Keperluan orang tak sama, serius.. Ada orang buat majlis kat rumah, ada yang buat kat dewan dsb, ada orang nikah pakai pelamin, ada yang tak..Macam aku, download banyak-banyak checklist, last-last tengok.. “aku ni bukan ke kalau kahwin kena pakai contact lens?”So, korang sendiri boleh tau apa yang korang nak masa wedding korang..

Macam mana nak buat budget?
You don't have to be professional accountant untuk create excel tu.. Just buat anggaran sendiri je.. Nama pun budget.. Sebelah budget, buat la column actual cost...Contohnya camni

No Items Budget Cost Actual Cost
13 Baju Nikah RM 300 RM 500

Tak kisah beza tu banyak ke sikit, yang penting in the end nanti korang akan nampak berapa korang budget and berapa korang actually spend untuk wedding korang...And boleh lah korang eksen sikit ngan bakal suami korang tunjuk kononnya korang ni perancang kewangan yang hebat walaupun akhirnya actual kos melebihi budget...Theee..

Dua-dua ke kena buat checklist ni?
Depends.. Kalau korang rasa bakal suami korang tu tak berapa gemar nak concern benda-benda remeh ni, korang jela buat and monitor checklist tu.. Tak dinafikan memang ada lelaki yang sanggup buat checklist ni...pada mulanya jela..Pastu bila tanya “abang, mana checklist, sayang lupa nak save dalam phone”, riak muka berubah secara mendadak adalah perkara biasa...Dioarang bukan tak care, tapi malas nak fikir benda remeh...

Apa yang hebatnya ada checklist ni?
Takde hebat mana pun.. Cuma bila ada checklist ni, takdelah korang tertinggal perkara kecik yang mungkin boleh bawak effect besar kat wedding korang nanti.. Bayangkan korang punyalah buat goodies untuk tetamu..Tetiba terdengar anak kecil merajuk sebab tak dapat pape masa datang wedding korang... Baru sedar korang lupa nak sediakan goodies kat anak kecil seusianya..Kesian kan?

Kata bersepah orang dah buat checklist ni, kenapa tak download and edit je?
Betul bersepah orang buat checklist.. Tapi, cuba korang tengok balik, apa yang ada dalam checklist tu sama ke dengan apa yang korang nak? Last-last korang yang pening balik tengok checklist tu...So, better korang buat sendiri..Yang orang lain punya checklist tu boleh lah jadi panduan and contoh je.. Except korang memang pesen malas nak fikir and nak sangat wedding korang jadi macam wedding dia..

Well, kita memang tak boleh nak gembirakan hati semua orang.. Tak banyak, mesti ada sikit bunyi yang tak sedap korang dengar komplen sana sini masa wedding korang..Yang penting, korang puas hati tengok hasil kerja sendiri.. Lagipun, tak meriah la ye tak kalau takde cik kiah ngan cik minah yang duduk kat sudut majlis pastu sokseksoksek pasal wedding korang kan?

So, selamat bertungkus-lumus buat checklist...Bosan kan entri ni, takde gambar..Dah macam belajar sejarah, kuikuikui....




Friday 19 July 2013

Relationship Advice #1 – Share your pictures....everyday

Assalamualaikum....

Ok, start harini nak tukar bahasa diri dari saya menjadi aku, I, gua dan sebagainya.. Walaupun bahasa “saya” tu nampak sopan, ayu-ayu perempuan melayu gituu, tapi aku rasa macam hipokrit sangat pulak.. Dari ayat tu elok tengah marah orang bila guna “saya” macam tak sampai marah tu..Faham? Tak? Ok fine, lupakan...

For those on serious relationship or even baru nak start feeling cinta-cintun, aku rasa korang boleh la nak try share picture.. So, kenapa aku nak beriya suruh korang share picture segala??

  • I'm having seremban-serdang relationship yang mana memang jarang dapat jumpa.. Eleyh, serdang pegi semban mana ade jauh, kau je saja mengada... Dulu boleh je kau hari-hari pegi sampai selayang sana, ni pulak nak kecoh semacam.. Well, dulu memang kitaorang selalu sangat jumpa.. Tapi, lepas cik abang kerja balik nauzubillah kekadang sampai dah malam and aku pulak tukar kerja, memang da tak jumpa sangat...
  • Dia yang start dulu.. Mula-mula macam rimas gak.. Aku ni masa bersiap ngam-ngam je dah setting.. Tetibe kena jadi chamwore sebelum keluar bilik.. Haruslah sebelum keluar bilik, gila kau nak angkat kamera dalam kereta.. Malu weyh uncle sebelah pandang-pandang pastu buat muka macam, “budget cantik sangat”... Lama-lama jadi macam “eh, lom amik gambar la”... Tak lengkap hari tu kalau tak share picture..





  • Tak selalu jumpa tak semestinya tak boleh rasa dekat.. Aku rasa macam dok serumah ngan cik abang bila aku share gambar ngan dia tiap-tiap hari.. Yela, aku nampak muka dia hari-hari...So, level rindu pun rasa macam takdelah teruk sangat... Takdelah rasa seperti diri ini diabaikan.. Gituuuu....
  • Boleh jadi queue awal untuk nak story kat mak/ayah dsb... Bukan senang nak start cakap “mak, saya dah ada bf/gf”.. Cara paling mudah, masa gf/bf korang send picture tu buat-buat lah tinggalkan phone dalam keadaan lights on.. Mesti mak ayah korang tanya “sape tu?”..Tapi, make sure korang tak cakap benda-benda yang “dirty-dirty” tu.. Orang sekarang ni bukan boleh jangka,sangap punya pasal, terus send gambar tuttt dia.. Tak pasal awal-awal kene reject...

Perkara yang paling simple boleh jadi sangat bermakna kalau kita tau cara nak make it extra special.. Bila bf / gf korang start benda yang nampak macam pelik, make it interesting.. Baru lah hubungan tu terasa macam wangi je selalu... Jangan buat alasan tak selalu jumpa untuk berlaku curang, pasang spare part dsb... Be creative loving couple, cheers...


Monday 8 July 2013

Mak, Saya Mintak Maaf

Assalamualaikum.....

Kekadang kita tak sedar kita dah lukakan hati orang lain....Lagi sakit kalau orang tu orang yang paling penting dalam hidup kita... 
Alkisahnya petang semalam mak saya mintak tolong potong sayur kat dapur... Tetibe mak tanya " Kin, kamu de gambar masa sarung cincin haritu ke?"....So, saya pun jawablah ada...Pastu mak diam...Saya tanya kenapa, mak diam jugak...Last-last mak cakap "Yela, kamu kan dah ade mak baru, mak ni mane penting lagi dah. Nak tau pun dari orang lain"....Pastu saya tanya lagi "Mana mak tengok gambar tu?"..Mak jawab "Dalam website kamu la"...Saya pun macam oooooo....Mak saya panggil facebook website,hehehehe....Masa tu terus rasa Zassss,  macam saya ialah sayur yang tengah saya potong tu...

Tersentak saya sekejap...Pastu saya cakap "Haritu kan Ikin nak tunjuk kat mak..Tapi, masa tu makwe(makwe ialah panggilan orang Perak untuk mak saudara yang paling sulung)  de, tak nak la nampak macam excited sangat.." Baru mak sambung blablabla citer ngan saya...

Masa sebelum tidur saya terfikir patut la mak macam tak amik endah bila saya tanya pendapat pasal tarikh kahwin saya.. Konon saya merajuk sebab rasa mak macam tak pedulikan saya.. Rupanya mak yang terasa hati kat saya...

Saya takut kalau yang terasa tu ialah family saya...Lagi-lagi mak saya...Rasa macam tak tentu hala, buat apa pun tak tenang, tak jadi...Tapi serius saya memang terlupa terus nak tunjuk kat mak gambar tu lepas hari tu... Lagipun, saya agak sibuk lately ni... Balik keje makan terus naik tidur...

So, saya kenalah berhati-hati sikit in future... Tak nak benda macam ni jadi lagi...Mak, saya mintak maaf... Saya bukan sengaja nak belakangkan mak, saya tak sengaja....

Tuesday 2 July 2013

Alhamdulillah, I'm Engaged....

Assalamualaikum.....

Ringkas je nak post.... 29 Jun 2013 yang lepas, saya dah selamat bergelar tunangan kepada En. Mohd Hafiz Bin Nuri Huda...Lafaz takdelah, saya bukan menikah pun, hehehe... Alhamdulillah walaupun kitaorang baru kenal 3 bulan yang lepas and after lalui macam-macam dugaan, it's officially...

Perasaan memang bercampur baur... To be honest, memang tak dinafikan macam-macam perkara baik berlaku.. Baik datang dari buruk..Tapi, apa benda tu tak nak la share kat sini...


Taraa.... Actually takdela tunang mana pun.. Just mencampur baur merisik, meminang and bertunang..Gituu... Dengan adanya cincin ni kat jari saya, maka telah bertambah tanggungjawab saya.. Kalau dulu boleh seronok-seronok enjoy untuk diri sendiri, sekarang dah ada komitmen lain yang nak difikirkan..

InsyaAllah kami akan diijabkabulkan dalam masa setahun.. Cepat atau lambat depends on secepat mana kitaorang manage to prepare sume and of course ongkosnya....theee...

Thank for all wishes bye the way.......