Tuesday 26 November 2013

Review: Doorgift

Cerita ni dah lama, tapi aku yang lambat up kat sini...Tak kisahlah, janji aku nak citer ye tak?? 

Idea asal nak buat kain pelikat and kain batik je jadi doorgift...Tapi, bila fikirkan amboii banyak VIP kau punya budget, cancel..Lagipun, macam terhad pulak sape yang boleh dapat, sapa tak boleh...Pastu masa pegi wedding uncle aku kat Langkawi dulu datang idea nak bagi sekotak chocolate...Again, kos nak pergi sana dah lebih kurang je kalau buat idea yang first tadi.....

Selamatlah rumah dekat dengan Nilai 3 and kami rajin merayau kat sana...

 VR Star tengah buat promosi penghabisan stok masa ni...Dari harga RM 1.50 sebijik terus jadi Rm 0.75 sebijik..Sumpah murah....So grab 300 bijik....

 Ini la rupa bentuk balang berkenaan...Actually ade macam-macam pattern...Ada yang berkerawang, ada yang kaler lain jugak....Tengok tangan aku pun dah tau balang ni kecik mana....hahahhahaha...

Ni namanya kain jaring...Eh, takkk..Kain net..Eh, takk...Eh, ntahlah...Aku pun tak tau la pe namanya...Panggil jela kain sarung...Nasibbb....Kain ni pun ada macam-macam kaler, macam-macam saiz..Rambang mata nak pilih mana satu.....

 
 Taraaaa....Magik kan camner kain yang besar tadi bila sarung kat balang ni jadi ngam-ngam je?? Ni la kreatif si bangla kedai yang berpengalaman luas itu....Aku masa tengok pun jadi jakun..Like waoooo, camne boleh jadi camtu?? Wahhh, canggih....Haa, sampai camtu sekali...Kalau aku tengok lagi sekali confirm sume tengok aku.....

Cadangnya nak letak ni dalam balang tu...Kalerfulll...

"Biar aku belanja, subsidi gula
Korang kena kencing manis tanggung rawatan semua"

Hahahaha, motif sangat kan tujuan aku buat macam tu???Sepeket boleh isi 10 bijik balang, lebih kurang la...Kalau orang yang letak so sweet sampai gula ni lagi banyak masuk mulut dari masuk balang, kurang la....Mydin kat Seremban 2 nak bukak bulan 12, jadi bolehlah pergi memborong di sana....

Ouh, lupa nak tulis kos...

Balang RM 0.75 sen sebijik
Kain penyarung RM 25.00 dalam ada seratus = RM 0.25
Colourful candies RM 7.00 sepeket / 10 Balang = RM   0.70

Total kos sebalang =RM 1.70 sahaja....Jimat belanja.....

P/S : Aku dah berazam nak isi balang ni sendiri...Taknak menyusahkan orang lain...Lagipun, baru rasa nak kahwin bila buat sendiri...Gituuuu.... 

Sunday 24 November 2013

Review Produk – Lorea’l Paris Skin Care




Kalau baca Wedding blog tak sentuh pasal beauty and wellness mesti tak lengkap rasanya kan?? Ok, start with face dulu…Bagi perempuan, muka memang asset no.1 diaorang…Orang cakap cantik tak penting, hati…Sebenarnya cantik tu bukan korang patutnya jadi seperti seorang puteri di dalam istana kayangan yang setiap hari dirinya dijaga rapi oleh dayang-dayang…Tapi, kebersihan kulit muka..Ade jerawat tak, kulit berminyak tak, tona kulit sekata tak, lubang-lubang banyak tak, macam-macam la sebenarnya….I’m not a beauty expert not even beauty consultant, tapi aku harap boleh share apa yang aku guna..Mana tau type kulit korang ngan kulit aku sama…..



1) White Perfect Transparent Rosy Whitening Facial Foam….
Masa aku nak stop pakai produk yang banyak kali ubah ingredient dalam produk, aku cuba produk ni…Dalam dua tiga bulan camtu kulit aku seems serasi je dengan produk ni…Yang paling aku suka sebab banyak buih, nama pun “foam” kan? Masa ni memang tak Nampak mana buih tu, tapi kalau korang blend dengan air balik, boleh lemas tahu, hehehehe….Harga RM 39.90, boleh tahan sebulan lebih….

Aku skip on Toner sebab aku rasa toner hakis kulit, bukan bersihkan kulit…Kalau korang nak pakai, silakan….Harga for toner RM 19.90 kalau tak salah aku…


2) White perfect Day Cream SPF 17+PA

Before apply makeup, pakai moisturizing day cream ni dulu…Ouh, day cream for this range ada dua pilihan..Satu yang cream putih macam aku pakai ni, and lagi satu watery based, yang krim kaler pink…Tapi, aku tak pernah cuba yang watery based, korang cuba la…Yang aku suka pakai day cream tak payah pakai foundation lagi sebab krim ni sendiri dah macam foundation…. Jangan pakai banyak sangat, nanti muka korang Nampak bertapuk-tapuk manggis…Function of course lindungi kulit dari sinaran matahari terik sebab ada SPF 17+PA…..Harga RM 39.90 for 50ml…Boleh tahan sebulan lebih…






 
3) Revilatalift Lift & Firm Facial Mask


Ini supplement tambahan, nak pakai boleh, tak nak pakai pun takpe…Hairan kan kenapa tetiba masker aku Revitalive, tak Rosy Whitening…Sebab masker ni fungsinya jadikan kulit lebih anjal dan lembab…Paling ideal pakai 2 kali seminggu…Tapi aku pakai sekali seminggu je..Sebab aku bayangkan boleh tahan kesannya selama seminggu, macam ntah pape….Aku selalu pakai before tidur, so after pakai masker, boleh terus sapu night cream…..Aku suka sebab lepas pakai rasa kulit lembab and lembut je,hahahaha… Selalunya masker kalau dah cuci, terus lap kan?? Yang ni lepas korang dah cabut, balance essence tu korang sapu je kat muka bagi lagi meresap kat kulit…Tak payah nak cuci-cuci balik dah….Maknanya kalau korang nak pakai before apply makeup pun boleh je…. Harga sekeping RM 19.90….

 4) White Perfect Night Cream

Ni last produk yang aku pakai kat muka…Aku tak sure amalan pakai something sebelum tidur ni baik untuk kulit atau tak…Korang better check dulu, takut nanti kulit korang jenis tidur tak boleh pakai pape, kang tak pasal je rosak kulit muka….Function untuk restore balik khasiat kulit yang hilang masa siang hari…Harga RM32.90 untuk 50ml…Lama boleh tahan sebab pakai sikit je…

Kadang-kadang aku pun skip jugak routine ni…Balik kerja mata mengantuk giler, cuci muka, baring ingat nak hilangkan penat, last-last tertido sedar dah pukul 3 pagi….Tak sedar tak lama lagi nak kahwin, buat lagi buruk laku camtu….Bila sedar bakal mertua nak datang, baru kelam-kabut nak ikut schedule balik…Ok, cukuplah sampai sini sahaja review aku untuk kali ini…FYI, walaupun harga Produk ni agak mahal, tapi tahan lama…Buatlah keputusan yang terbaik untuk korang..Lagipun, mana ada jalan singkat nak cantik…