Friday 8 November 2013

Ujian Saringan HIV



Sempena cuti Awal Muharam yang lepas, aku sambung cuti untuk pergi buat ujian saringan HIV…Patutnya boleh je pergi hari Isnin, tapi sebab mengada nak jugak pergi dengan En.Tunang, ambik cuti hari Rabu…Semua nak sama, mengada betul, hahaha…Ini nak share sikit info untuk orang Seremban yang nak pergi buat ujian saringan HIV…Klinik Kesihatan yang ada ialah Klinik Kesihatan Seremban 2, Klinik Kesihatan Ampangan, Klinik Kesihatan Seremban dan Klinik Kesihatan Senawang….

Untuk Klinik Kesihatan Seremban 2, ujian hanya akan dijalankan bermula 2 petang…So, aku pergi Klinik Kesihatan Ampangan, tak ada limit masa untuk buat ujian Saringan HIV…And yang penting, korang tak payah buat appointment untuk buat ujian saringan ni…Just walk-in sahaja….Klinik lain aku tak sure jadual macam mana…My advise, korang better call dulu klinik tanya bila boleh buat ujian Saringan HIV…Contact number korang boleh amik kat SINI....Hambik, satu Negeri Sembilan punya list, pandai-pandai korang nak pilih yang mana....


Sampai kaunter cakap nak buat ujian saringan HIV untuk kahwin….



Isi borang seperti di atas…Ini kira borang yang penting..Ada lagi satu borang…FYI, borang ni takde nak download-download, kena pergi sendiri amik kat kaunter…

 Haa, ini borang just untuk tanya-tanya pasal social life korang… Kira macam survey jela, senang diaorang nak determine korang ni jenis yang macam mana..Ntah ye ntah tidak aku pun tak tau gak…Dah akak kaunter tu suruh isi, aku isi jela…



Dah siap isi borang, bagi balik kat kaunter dengan Kad Pengenalan korang…Bayaran cuma seringgit sahaja…Untuk makluman, ujian saringan HIV HANYA boleh dibuat di klinik kerajaan sahaja…Hospital pun boleh rasanya….

Tunggu je nurse panggil korang untuk cucuk jari korang amik darah…Result boleh dapat sekejap je, dalam 10 minit camtu…Masa nurse panggil aku nak bagitau result, aku macam blur je..Yela, dia just cakap “Ok, result awak satu garis eh..Nanti yang ni bagi Pejabat Agama”…Aku nak tanya apa maksud satu garis pun terus tak jadi tengok reaction macam tu sekali…..Untung ada tunang yang jenis dulu pernah kerja kat lab, baru aku dapat jawapan apa maksud satu garis tu…And aku heran gak, kenapa aku tengok orang lain de tulis Non-Reactive ke Reactive ke kat kertas tu tapi aku just dia tulis "Keputusan telah diberitahu"..And kenapa orang lain result letak dalam sealed envelope tapi aku just stapler camtu je...



Sebenarnya aku capture gambar tangan lepas kena cucuk dengan jarum..Tapi, nape ntah bila emel sebab malas nak transfer, tak ada..And aku dah delete yang dalam phone….Balik tengok ada lagi kesan kena cucuk jarum…And sampai harini pun masih rasa ngilu kena cucuk jarum…Ke sebab nurse tu cucuk bahagian tepi, bukan tengah?? Ada beza ke?? Yang penting sekarang the result is Negative…

 Nampak tak muka masing-masing kemain lega bila dah tau boleh kahwin dah....Alhamdulillah, another step done...Let's move to another, babe....



No comments: