Thursday 7 November 2013

Review : Seri Singgahsana Butik



22 Oktober 2013 yang lepas aku pergi Karnival Pengantin anjuran DODE EVENT….Lokasi Mydin MITC Melaka…Kemain kan jauhnya sampai ke Melaka padahal dulu masa ada Pameran kat Seremban tak nak pulak pergi…Tapi, jodoh siapa yang boleh jangka ye tak?? Berkat aku berjalan sampai ke sana la maka terhasilnya cerita ni…


Dulu aku pernah cerita pasal dapat Sponsor kain baju pengantin kat SINI…Sebab sampai sekarang aku masih belum ada idea nak buat baju pesen apa, maka aku telah pun berjaya mem-booking baju nikah aku kat sini….



Seri Singgahsana Butik ni ada 2 cawangan..Satu kat Melaka, satu lagi kat Damansara…Tapi jangan risau, Kak Siti ni ke Kedah nun pun dah sampai…Maknanya tak kisah la korang tu nak kahwin kat mana…Tapi ada kos pengangkutan la…Biasa la kan, mak suruh pergi kedai korang mintak upah penat…Booking based on siapa cepat dia dapat Kak Siti sebagai jurumekap…Contoh kalau korang orang pertama booking untuk tarikh tu, maka Kak Siti sendiri yang akan datang untuk siapkan korang…Kalau tak, dia akan send mak andam lain..Tapi, based on persetujuan orang yang nak kahwin after tengok hasil kerja mak andam berkenaan…



Owner butik ni aku panggil Kak Siti je, btw nama dia memang Siti, bukan aku sengaja nak panggil dia camtu…Peramah kemain lagi..Kak Siti ni dia lah jurumekap, dialah wedding planner, dia lah jugak pereka baju…  Dia open butik ni ngan husband and beberapa orang yang lain…Normal price kalau sewa baju je RM 900..Tapi sebab ini adalah promosi, maka aku Cuma bayar RM 750 untuk baju, mekap and aksesori…Haaa, untung bukan?? Tak payah nak fikir kain ela berjela nak buat apa…

 Contoh hasil kerja tangan Kak Siti


Masa mak aku tengok ni kemain lagi menelek, macam dok sumpah-sumpah gambar tu, hihihihi….Tapi, memang cantik…And, Kak Siti hanya hantar jurumekap perempuan sahaja kalau dia tak boleh datang….Untuk baju lelaki just nak carik kain buat baju melayu..Sebabnya baju melayu boleh pakai lagi after-after kahwin, baju perempuan kalau kahwin memang kena simpan dalam almari je, huh….


Maka, selesailah sudah otak aku akan berfikir pasal baju nikah…Gambar baju tunggu aku nikah dulu baru hadooo..Kalau tidak, mana datangnya surprise ye tak??   

Ouh lupa pulak, sesiapa yang rasa nak survey Singgahsana Butik ni boleh lah klik SINI….Sebab bukan baju pengantin je, catering, fotographer semua ada…Jadi, selamat menambah tempat yang nak di survey…..

No comments: