Thursday 7 November 2013

Review – Velform Sauna Belt-



Berikutan mak and kakak aku asyik je cakap aku mungkin tak muat pakai baju pengantin yang aku sewa untuk majlis aku nanti, maka aku telah berjaya membeli ini…



Aku beli dari SINI(http://www.lelong.com.my/merchant/andrewlyf.htm)... Harga asal ialah RM69.00..Beli online memang banyak sangat diskaun sebab tak ramai orang yang tau pasal online shopping ni….Harga after diskaun RM 40.00…Free shipping fee lagi…Mana nak carik begini punya bagus….Kedai dia kat Taman Equine, Seri Kembangan, atas kedai buat cermin…Tapi, before datang kena call dulu sebab assume jela ni ialah stor simpan barang and yang jaga sorang je…

Kalau korang buat payment before 5.00pm on that particular day, maka produk akan sampai depan pintu rumah korang on the next working day..Tapi ingat, kena kira public holiday jugak, jangan nak banyak songeh sangat beli hari sabtu, ahad nak expect dapat barang…Korang pun tak kerja hari ahad kan???


 
Dah sampai barangnya

Package come in box macam ni


Dalam kotak ni include sauna belt of course, measuring tape senang bagi korang ukur before and after, Diet Suggestion, Instruction Manual, Guideline cara nak pakai dengan betul, and extension in case kalau belt tak cukup muat untuk korang….


Cara pakai senang je…Just pakai belt direct to skin, tak boleh letak lapik segala, plug in kat plug…Recommend set temperature kat high for 15 minutes and kurangkan temperature lepas tu…For first time user, expect kulit korang akan rasa gatal-gatal masa pakai and mungkin ada effect kemerahan..Tapi, kalau berterusan, sila berhenti pakai belt and jumpa doktor….


Promo boleh hilang 2cm kalau korang pakai 50 minit sehari dan amalkan Suggestion Diet tu…Tapi, kalau sehari 2 cm, takkan la pinggang aku asal 36cm boleh hilang dalam masa 18 hari ye tak?? Tak laaaa, itu sekadar anggaran je…Korang pun bukan tak makan terus…Main function belt ni untuk bakar excess lemak yang ada dalam badan, bukan buang semua….


For rate, aku bagi 4 star untuk online shop ni…Sebabnya, masa mula-mula test temperature adjuster tu tak menyala..Aku call and pergi kedai dia, dia test kat sana…Kalau dia ada niat nak menipu, takkan la dia berani suruh aku datang kedai dia..Kan???

No comments: