Sunday 21 July 2013

Persiapan Perkahwinan #1 – Checklist-

Setelah sekian lama bercinta harung macam-macam dugaan, korang pun buat lah keputusan nak kahwin... Seronok? Nervous? Excited? Macam-macam rasa kan masa tu? Balik rumah lepas settle makan malam sume, duduk kat birai katil (orang novel selalu guna words ni) sambil renung bulan.. Tetibe terfikir, “eh, aku ni nak kahwin kan? Pe eh nak buat? Pe eh nak carik, survey blablabla?”...Pastu terus blank... Nak belajar dari pengalaman, ni baru first time nak kahwin.. Solution? Sonang yo,buat lah checklist...

Ape kebendenya checklist ni and camne nak membuatnya?
Checklist ni ialah senarai perancangan kita on our big day.. It's like our own wedding planner... Masa berangan tulis je apa yang korang fikir patut dan perlu, pastu organize jadi mudah nak tengok...Nak tengok contoh google je...Bersepah orang dah buat checklist ni...

Software apa nak guna buat checklist ni?
Aku buat pakai excel.. Sebab apa? Mudah and jimat masa.. Kalau sesiapa pakar guna software lain, pun boleh je..Checklist bukan setakat ada apa yang korang angankan, tapi dah jadi macam korang punya personal financial account..

Apa yang kena ada dalam checklist tu?
Keperluan orang tak sama, serius.. Ada orang buat majlis kat rumah, ada yang buat kat dewan dsb, ada orang nikah pakai pelamin, ada yang tak..Macam aku, download banyak-banyak checklist, last-last tengok.. “aku ni bukan ke kalau kahwin kena pakai contact lens?”So, korang sendiri boleh tau apa yang korang nak masa wedding korang..

Macam mana nak buat budget?
You don't have to be professional accountant untuk create excel tu.. Just buat anggaran sendiri je.. Nama pun budget.. Sebelah budget, buat la column actual cost...Contohnya camni

No Items Budget Cost Actual Cost
13 Baju Nikah RM 300 RM 500

Tak kisah beza tu banyak ke sikit, yang penting in the end nanti korang akan nampak berapa korang budget and berapa korang actually spend untuk wedding korang...And boleh lah korang eksen sikit ngan bakal suami korang tunjuk kononnya korang ni perancang kewangan yang hebat walaupun akhirnya actual kos melebihi budget...Theee..

Dua-dua ke kena buat checklist ni?
Depends.. Kalau korang rasa bakal suami korang tu tak berapa gemar nak concern benda-benda remeh ni, korang jela buat and monitor checklist tu.. Tak dinafikan memang ada lelaki yang sanggup buat checklist ni...pada mulanya jela..Pastu bila tanya “abang, mana checklist, sayang lupa nak save dalam phone”, riak muka berubah secara mendadak adalah perkara biasa...Dioarang bukan tak care, tapi malas nak fikir benda remeh...

Apa yang hebatnya ada checklist ni?
Takde hebat mana pun.. Cuma bila ada checklist ni, takdelah korang tertinggal perkara kecik yang mungkin boleh bawak effect besar kat wedding korang nanti.. Bayangkan korang punyalah buat goodies untuk tetamu..Tetiba terdengar anak kecil merajuk sebab tak dapat pape masa datang wedding korang... Baru sedar korang lupa nak sediakan goodies kat anak kecil seusianya..Kesian kan?

Kata bersepah orang dah buat checklist ni, kenapa tak download and edit je?
Betul bersepah orang buat checklist.. Tapi, cuba korang tengok balik, apa yang ada dalam checklist tu sama ke dengan apa yang korang nak? Last-last korang yang pening balik tengok checklist tu...So, better korang buat sendiri..Yang orang lain punya checklist tu boleh lah jadi panduan and contoh je.. Except korang memang pesen malas nak fikir and nak sangat wedding korang jadi macam wedding dia..

Well, kita memang tak boleh nak gembirakan hati semua orang.. Tak banyak, mesti ada sikit bunyi yang tak sedap korang dengar komplen sana sini masa wedding korang..Yang penting, korang puas hati tengok hasil kerja sendiri.. Lagipun, tak meriah la ye tak kalau takde cik kiah ngan cik minah yang duduk kat sudut majlis pastu sokseksoksek pasal wedding korang kan?

So, selamat bertungkus-lumus buat checklist...Bosan kan entri ni, takde gambar..Dah macam belajar sejarah, kuikuikui....




No comments: