Wednesday 21 August 2013

His Special Day…Planning Part…



Tahun ni saya nak sambut birthday tunang saya, weeee…(clap hands)…Sambut birthday tunang nak kecoh jugak?? Selama ni, aku ada je boyfriend, takdela nak bagitahu baru tahun ni ada boyfriend…Cuma tahun ni berbeza…Aku bukan sahaja ada boyfriend, malah ada tunang sekali…Pakej gituu…

Masa aku zaman-zaman couple dulu, asal dekat birthday si dia je, aku tak fikir pape…Just harap jadi orang pertama yang wish “Happy Birthday” tu dah cukup… Sebabnya fikir aku beriya spend bagai, tetiba tau-tau dia pergi celebrate ngan awek lain, puihhh….So, this year semangat sikit…He’s my fiancée, of course aku nak buat everything to make sure he remember his special day….

1)      Pre-wedding photoshoot  Yang ni aku dah lama plan nak buat…Cuma masa je yang selalu takde…Sebelum ni dah deal ngan satu awek ni nak buat pre-wedding photoshoot…Last-last cancel sebab ermmm ntahlah….Belum sampai seru kot…..Tapi, kali ni insyaAllah jadi…Walaupun that person Cuma available 0830 pagi, jadilah dari takde…..Lokasi kat Putrajaya….RM 50.00 untuk satu jam photoshoot…Tema yang difikirkan adalah merah hitam….

2)      Baliness Spa Treatment  
      Sejak aku dah register phone number kat Maybank2u, makin berduyun pulak offer yang masuk kat inbox email aku…Memang sengaja…Sebab over excited, aku telah “ter”tekan purchase for two untuk Bali Spa Treatment….Tapi, ok lah..Putrajaya dengan Setapak bukan jauh mana pun…RM 33.90 per person untuk about 125 minutes treatment… Aku harap aku tak complain banyak…Beli nak murah, layanan nak 5-star…Boleh blahhhh…..

3)      Lunch / Dinner Date    
      Aku tak sure nak lunch or dinner on that day…Sebabnya appointment spa kena sebelum pukul 7 malam…. Aku tanya En.Tunang selesa ke tak nak makan after spa, dia tak jawab…Ok, dia kerja bukan macam aku boleh senang-lenang…..So, yang ni masih belum decide lagi….

4)      Tunjuk kat En.Tunang Love Book yang aku dah Berjaya siapkan 
      Bila dah buat macam-macam, nak jugak mengenang kisah silam and play trick game…Boleh tengok siapa lagi hebat dalam hal ingat mengingat….I bet mesti dia menang…Sebab aku first date pun tak ingat, inikan pula yang lain…Hahahaha, tak patut betul….

5)      Nak buat kad khas untuk En.Tunang
    Aku bukan manusia jenis yang kreatif…Jadi, aku ada masalah untuk menjadi seorang yang sooo sweet buat tunang aku terharu dengan hasil kerja aku….Tapi, akan aku gagahkan jugak untuk make him at least cry on that day…Setitik pun jadilah…..

Aku harap planning ni berjalan dengan lancar…. He’s maybe nothing to anyone else, but he’s everything for me…..Wish me luck pals…..

No comments: