Haritu aku ada tulis pasal plan nk sambut birthday
En.Tunang…. So, it happens on last 15th
September 2013. Ya Allah, bukan senang sebenarnya nak buat planning… Makan
berminggu jugak sebenarnya…Ok, jom aku story from A to Z….
Night before the day, aku tak tido…Langsung tak…Dapat lelap
15 minit je kot,tu pun sebab dah hanyut… Bukan sebab excited sangat… Tapi sebab
leka bersembang, agaknya… Sedar je alarm yang aku set 0545 am bunyi…Bangun terus
siap-siap..Selamat dah iron baju sebelum plan nak tidur tu…
0715 am… Konon janji nak gerak sharp 0700 am…
Dasar janji melayu,hahahaha…Pulak tu, dah 5minit drive baru sedar segala voucher,
buku and kad tertinggal kat
umah…Terpaksa patah balik, wuuuu… Aku jenis bila dah kelam kabut,terus jadi
macam tak tau nak watpe…Dah sampai area Bangi yang kena bawak 90km/h tu,
En.Tunang call Tanya dah gerak ke belum…Baru sedar aku tak mesej dia masa nak
gerak tadi…
0815am…Belagak dapat carik rumah En.Tunang tanpa perlu tanya arah segala…Thanks so much to Waze…..Supposedly
appointment Photoshoot ialah pada 0830 am…Luckily masa almost 8 lebih tu, orang
tu call cakap maybe lambat sikit…Fhewww….
0840 am…Sampai kat Pullman, Putrajaya….Tunggu punya tunggu
rupanya, lokasi sebenar ialah depan tasik menghadap Pullman…Hadoyai, nasib baik
dekat je…. Sementara tunggu, sempat bagi En.Tunang tengok something…
-Handmade Love Story Book-
Asalnya aku tampal dalam
Drawing Block…Pastu realize yang lama-kelamaan akan terkoyak jugak..Beli note
book, tampal balik…Lagi best…..Patutnya ada perkataan "for" after "made with love" tapi masa capture belum tampal lagi...Dah siap tak capture pulak isinya seperti apa...Reaksi En.Tunang? He kiss the book….Weeee….^_^
0930 am….Pakej promo RM 50 aku jumpa masa google pakej pre-wedding… MatSu Photoshoot
tengah buat promo RM 50…So, grab la dengan pantasnya….Cerita penuh aku buat
entri lain sebab panjang sangat nak story…Lagipun, soft copy belum dapat
lagi…So, macam tak best je nak citer tanpa gambar… Overall, the photographer
ngan wife dia memang sangat-sangat best…Awesome pulak tu… Dari tasik
Putrajaya, kitaorang sambung kat Wetland…Memang best giler….Tapi, ade rasa malu
sebab orang pandang-pandang, hahahha….
1330 pm…Settle photoshoot….See, kan aku dah cakap
photographer tu memang best? Patutnya sesi sejam je, dah jadi
berjam-jam….Tenkiu so much…En.Tunang dah cakap-cakap lapar…Terus gerak pergi
Setapak for next appointment…
1400 pm…Package ialah hasil dari StreetDeal…Masa grab deal
ni, memang aku tak buat pape research pasal tempat ni…Pilih pun sebab unisex
spa…For me, memang sesuatu yang sangat relaxing bila diurut selepas penat
berjalan berposing berjam-jam…Sempat tertido sebentar,heeee…. Yang paling
penting, review yang aku baca pasal Melacca Spa ni memang tak sahih…Yela, lain
orang lain tanggapan ye tak? Kalau nak layanan five star, better korang pergi
spa yang dalam hotel ke, dalam five star resort ke…
-View from waiting room. Gambar sebelah ialah last session
untuk package, Foot Detox-
-Me after spa session-
1615 pm…Gerak for next appointment pulak…Kali ni lunch + tea
break + dinner…Sebab 1730 pm baru nak makan…. Sebab sampai awal, lepak makan
roti yang kitaorang beli tadi…. Masa dalam kereta aku bagi En.Tunang handmade
Birthday Wish card…
-Masa first sketch…Hasil agak comot sebenarnya, tapi his
reaction, unexpected tahu?-
1730 pm…. Last planning….Makan kat BreadTies Cafe… Yang ni
Groupon deal yang aku grab on 10th September, 4 hari sebelum actual
day…Tempat ialah konsep café… Nak order pun senang..Masuk, order kat kaunter, bayar and tunggu order sampai.. Servis pun superb cepat....Asalnya nak makan chicken chop sebab nampak
macam sedap menjilat jari…Tapi, takde..tskkkk….
-Main course..Mine is black pepper chicken, him Beef Prosperity.
Peach Tea and Iced Lemon Tea add on kena bayar RM 12.00-
Portion memang sangat la banyaknya…Aku rasa quarter chicken kot dia bagi aku…Burger
En.Tunang pun dah macam menara aku tengok…Jenuh tahan perut masing-masing nak habiskan…Belum
pun sempat habiskan, dah sampai dessert…
-Rainbow Cake for him, Cheese Cake for me-
En.Tunang makan sikit je…Sebab memang dah kenyang…Aku tak
yah cakap la, pengumpul lemak tegar, habis cheese cake aku makan, wakakakka….Masa
jalan nak pergi kat kereta, En.Tunang cakap dia tak berapa prefer makan kat
situ..Tengok muka aku yang fast-reaction, terus cakap thank you sebab aku dah
buat ni semua untuk dia…. Siap ada “I Love You”, *melting*……
Alhamduliilah, segala perancangan berjalan dengan
lancar…Penat, tapi berbaloi sebab dapat tengok betapa En.Tunang happy on my
treat for his 28th Birthday…..Hopefully, tahun-tahun depan aku able
buat macam ni lagi…InsyaAllah….
1 comment:
No deposit free casino no deposit bonuses
No deposit casino free spins. Claim 토토 사이트 홍보 게시판 free 배당흐름 bonus codes on 하하 포커 casino slots and casino games instantly! Claim free spins and 마틴배팅 no deposit casino bonuses 에이스 포커 today.
Post a Comment