Thursday 17 October 2013

Yahoo, Dapat Voucher from Nbrew…



Sejak-sejak nak kahwin ni, makin rajin aku join online contest...Siapa tahu dapat Grand Prize ke…Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa nak tengok kan?? Sebenarnya teringin gak nak join contest yang main pos borang ngan bukti pembelian tu..Namun apakan daya, sampai sekarang belum satu pun contest camtu yang aku join….


Aku join satu contest website ni, Prizle.com…Mana ntah aku dapat link ni, tak ingat dah….Nak citer sikit pasal contest page ni…Dalam ni ada macam-macam contest yang korang boleh join..Pilih je kategori mana yang korang rasa berminat…Tapi, sebelum join, make sure korang dah baca syarat and of course la korang kena layak untuk join contest tu…Sebabnya Prizle.com ialah contest page untuk Malaysian and Singaporean sahaja..


 Bila subscribe, kalau ada event or contest baru, Prizle.com akan e-mail kat korang..So, boleh la join kalau berminat…Anddd, every contest kena link ngan Facebook Account or in some case, korang kena like certain page dulu baru boleh eligible untuk join…Banyak senang punya marketing….


Berbalik kat citer kenapa aku buat entri ni…

Masa browse contest page tu, aku tetibe terjoin contest ni....


Masa join contest main join je...Ok, just nak mention aku dah tak ingat gambar mana yang aku submit untuk contest ni...Nak carik, macam ermmm tak tahu la mana perginya...Nevermind, aku rasa organizer mesti tak kesah punya..*yakin*Zzzzzzz....Tapiiii, aku ingat camne nak join contest ni...Upload a memorable picture and create a slogan how NBrew Freeeeezeeee your moment.....



Emel from NBrew

Aku masa dapat emel ni dalam folder spam memang dah serammm je rasanya..Yela, mana taw tipu ke kan?? So, checkout la dulu kat Facebook page NBrew….I must admit when it comes to contest yang pemenangnya ialah yang dapat like terbanyak aku pasti bukan pemenangnya…Aku ada 600++ member kat Facebook, tapi mostly dah tak active or dah kahwin…So, sia-sia je kalau aku mesej suh like segala…*Bajet retisss*
  

 
First Prize is iPhone 5 and Second Prize Samsung S4…Ok, terlepas berangan nak pakai gadget canggih tanpa perlu mengeluarkan belanja besar…*Dasar kedekut*Third Prize RM 20.00 voucher consider ok la dari takde ye x??At least dapat gak aku try NBrew ni..FYI, NBrew  stands for Nitrogen Brew…Ice Cream ada, Gelato ada, coffee ada, dessert ada…Pokoknya macam-macam adalah….*Based on iklan*



Nampak macam menarik je nak tambah punca sakit gigi….Outlet kat Mid Valley ngan eCurve kalau tak salah, maknanya aku kena carik date nak gi redeem voucher yang aku pun tak tau bila akan dapatnya…Biasalah, benda camni agak makan masa sikit nak handle…Takpe, do your part and send the voucher to me….Nanti aku update bila dah redeem voucher tu…I'm waiting..Patiently...Hopefully...

No comments: